Monday, January 7, 2013

KENAPA SAYA PERLU DAPAT TIKET PERCUMA KE SEMINAR HARTANAH PIE 2020

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tiga tempat duduk percuma diberi,
Kalau tak mencuba saya yang rugi,
Kenapa saya perlu pergi?
Sambunglah baca tanpa henti.

1. Suami sudah, giliran saya pula
April tahun lepas saya belanja suami ke Seminar Jutawan Hartanah http://www.seminarjutawanhartanah.com/ kerana anak kedua kami baru empat bulan usianya, rasa tak sampai hati ditinggal sendiri. Tunggu suami belanja, mungkin dia keberatan sebab tak nak bagi saya tinggalkan anak 13 bulan berdikari. Kalau percuma, mesti dia lebih rela dengan senang hati.

2. Malu bertanya sesat jalan
Saya sediakan senarai soalan untuk ditanya ketika seminar tapi boleh pulak tertinggal oleh suami. Nampak sangat saya yang perlu bertanya En. Shafie sendiri.

3. Rumah lelong sudah dibeli
Bulan Mei lepas kami membida, suami layankan saja sebab duit sendiri. Tapi bila dah tak cukup modal mesti lah kene mintak suami tong tong sama jadikan milik kami. Nak renovate belum ada wang lagi. Sudahnya pergi ke construction site kutip tiles 2 kali. Alhamdulillah dapat la 400+ keping size sekaki. Tapi usaha masih tergantung tak bertali. Apabila ada rezeki ke seminar dan berinteraksi, mesti dapat motivasi dan inspirasi.

4. Menuntut ilmu
Menuntut ilmu hingga ke China, namun tidak ke China ilmu masih perlu dicari walau hanya ke Bangi. Adab menuntut ilmu perlu berguru agar lebih diberkati. Saya pun mau masuk grup alumni.

5. Kebebasan kewangan
Wang bukan segalanya tapi segalanya perlu wang, itu yang pasti. Peluang ke Seminar Jutawan ini diharap dapat membuka satu lagi pintu rezeki kurniaan Ilahi.

Berpantun sudah, berseloka pun telah,
Apa lagi En. Shafie? saya la pemenang yg dicari.
Wasalam.

Pembaca blog http://www2.pie2020.com/blog En. Shafie Bustan sejak 2009.

No comments:

Post a Comment